SubhanAllah - Al hamdulillah - Allahuakbar | SubhanAllah - Al hamdulillah - Allahuakbar | SubhanAllah - Al hamdulillah - Allahuakbar; innahaza larizzkunna maalahu minnafaad.
Al Hamdulillah #Shukur.
Semua seperti biasa dan tetap biasa - biasa sahaja. Bangun pagi seperti biasanya. #Shukur. Di awal pagi atu boleh lah kitani cuba memilih - sebab lumrah sudah macam atu. Semua pilihan kitani ani In Shaa Allah bakal jadi baik - baik saja. Sifir nya sangat mudah dan jelas; jangan ragu dengan Allah.
Hari ni cerita - mengenai macam mana lah ahir jalan cerita aku ni nanti bilamana Allah dah panggil aku untuk mengadap dan menjemput untuk fasa selepas dunia ni. Macam mana dengan kemurkaan Allah dengan aku ni yang ashik bergelinang dengan maksiat dan dalam rancah hamba yang kufur nikmat. Apa mau jadi dengan aku..? Apa sangat yang aku hambakan diri aku dengan semua isi dunia ani. Apa yang aku mau sangat dengan lambaian fitnah dunia ani...?
Sebenarnya kau cari apa dalam dunia ni Syiqin..?
Aku inda tau lah - apa bodoh sangat dan apa akal dengan diri aku ni. Jauh untuk kenal erti sabar. Jauh untuk kenal erti peluang. Erti beruntung. Erti mencukupi. Ya Rabbuna. Rabbuna Yusahhil. Moga - moga buat kamu; Syiqin.
Rezk hidup buat sekian kali.
Rezk kesihatan - kedamaian.
Rezk bumbung - hidangan - silaturahim - masa; keseluruhan dan merangkumi.
Allahu Rabbi - Astaghfirullah al azhim
=.='
#Shukur , awal pagi tadi satu pagi yang proaktiv-produktiv. Diberkati. Sebab dalam hari - hari aku terselamat dari marabahaya dan kejahatan manusia atu : aku tau bahawa aku sebenarnya dipayungi dengan doa dari urang tua ku sebaik saja mata besdia meliat pagi. Bukan sebab hebatnya kitani dan sebagainya. Ani sebab Allah yang memudahkan dan memberi ijin untuk kitani dalam rahmat (Nya).
Mintak izin dengan ketua untuk kemudahan kerja ari ani dll. Lepas tu Allah bagi kenyamanan hati bilamana ketua tu beri ucap " ..terima kasih... " Allahu Ya Rabbuna - barik. Kemudian dalam sibuk tu; ada orang yang dihormati dan sentiasa disenangi tu berikan salam dan senyuman penuh harapan. RabbiyAllah - Allahu Ya Rabb - Allah. TabarakAllah. #Shukur.
Kemudian lagi - selepas 1/4 ari tu ada rencah dan permatanya. Ketua besar di tempat kerja; berenti dan menoleh sambil senyuman lebar dari kejauhan atu kemudian menghampiri. Dan mencuri masa nya yang berharga atu untuk menyoal dan mengucapkan semua yang baik - baik. Semua yang menyenangkan. Dan yang paling mengharukan lagi bila; ketua besar ni ingat dan sebut nama kitani dengan yakin. Mungkin atu benda biasa buat orang lain. Tapi untuk cuma sebagai pekerja sementara ni untuk diambil tau dengan macam atu - terlalu berharga. Beri kan satu saat - aku termenung dan berbisik; bukan kah hidup atu penuh mudah dan indah..? Bukan kah begitu mudah untuk menyenangkan hati dan menyamankan perasaan juga fikiran orang lain atu.. Semua cuma bersahaja dan inda memakan tenaga. Tapi, kenapa jua masih ada yang berlawanan atu..? WAllah wa'lam. Sekali lagi aku cuma boleh bilang - nanti dijawap saja sama Tuhanmu.
Al Hamdulillah , #shukur. Kembali lagi ke Tuhanmu. Walaupun beribu kali. Asal kembali. Pasang surut imanmu - tolong tetap kembali. Ke Tuhanmu. Jangan pernah jauh. Kerna Tuhan ngak membutuhkan mu - sebaliknya kita ini membutuhkan Dia. Ya Rabbuna - aameen buat semua impi dan angan diantara kita.
In Shaa Allah - jangan ragu.
Apa dilain hari atau waktu lain lagi nanti aku cerita.
Cukup disini - hingga nanti.
No comments:
Post a Comment