Monday, 25 January 2016

Dunia bukan membenci

Terkadang harapan tu nampak jauh. Sebab yang inda nampak tu sebenarnya dugaan yang datang. Allah kasi satu atau lebih dugaan untuk kasi trial of boleh kah inda di tembusi dengan apa jua cara. Menyoal hati untuk meninggal kan atau mencoba lebih kuat. Sebab ahir nya , yang indah tu bukan mudah. Yang indah tu memerlukan sedikit waktu. Tinggal memilih untuk meneruskan atau sebalik nya.

Sekarang ni. Dunia dan isi nya menyoal tanpa henti. Macam mana cerita atau jalan seterusnya. Adakah akan terus menuntut ilmu atau memikul tanggungjawap sebagai pekerja. Jawapan nya bukan mudah. Hati memilih. Sanubari memilih. Dengan keadaan yang inda memboleh kan. Senang cakap , keadaan belum memberi izin ni. Jawapan nya sekadar indah inda indah cuma untuk melerai persoalan. Tentang tujuan hidup di masa depan tu , kitani ni waima merancang setiap saat tapi yang terbaik tu perancangan dan kata putus dari Allah jua. Kadang-kadang Allah jawap dengan belum buat waktu ni. Kadang-kadang Allah jawap , tunggu sedikit waktu lagi. Kadang-kadang Allah jawab , rezk tu datang kemudian selepas bersedia sepenuh hati dan kadang-kadang Allah jawap ni waktu untuk persediaan jiwa dan fikiran. Jawapan Allah inda pernah menyedih kan atau menyakitkan. Tinggal tunduk dan patuh. Hidup ni mudah. Percaturan nya jua mudah.

Jangan mudah terusik hati dan hilang harapan. Sebab yang indah tu butuh sedikit waktu.  Tetap kuat. Allah akan uji sebab ada waktu kitani menempat kan Allah di tangga terahir dan Allah merindui aduan serta rintihan kitani. Allah tetap yang pertama dalam hidup. Tetap yang ter atas dari apa jua. Bukan yang kedua dan bukan yang ketiga. Tapi yang paling atas. Allah tu Maha. Maha tahu. Maha Pengasih. Maha Penyayang. Maha Mengasihani. Dan Maha atas setiap apa yang ada dalam bumi ni.
Yang indah tu memerlukan sedikit waktu. Bukan sekarang tapi di satu hari yang indah. In Shaa Allah

No comments:

Post a Comment