Thursday, 28 January 2016

Meniti arus badai sendiri

Perjalanan membesar tu semua nya bersendirian. Liku-liku yang berbagai. Onak nya. Duri nya. Sang Widuri pon mengharap untuk sentiasa kuat. Bayangkan , membesar dengan emosi yang terganggu. Masalah demi masalah datang. Sampai satu waktu tu , mengalah tu umpama jalan terahir. Jalan terbaik.

Sendiri mencari arah tuju hidup. Sendiri dengan perasaan yang ber bolak-balik. Sendiri dengan akal sehingga kan hampir sesat. Ujian tu datang silih berganti. Orang sekeliling yang langsung inda pernah ambil peduli ni asyik menyalah kan tanpa henti. Seolah-olah semua tu semua ke inginan dan hawa nafsu Syiqin. Sampai satu waktu , menyoal. Ni salah siapa..? Tapi sebab Allah tu sayang. Di uji nya tapi tetap ada sayang. Inda langsung menunding jari menyalahkan sesiapa. Redha dengan sendiri dan tau yang semua tu datang dari diri sendiri. Dalam perut sendiri. Lahir sendiri. Meniti perjalanan sendiri. Bukan masalah.. Sebab yang pasti tu , mati pon sendiri. Tu yang di pegang erat sampai ari ni. Walau dimana jua pangkal dan ujung nya. Apa pon keadaan nya , ahir nya bersendiri jua.

Dunia seolah-olah memandang serong. Isi dunia seolah-olah menjauh sebab kemampuan  terbatas. Di banding kan dengan yang lain. Langit dan bumi pon belum boleh merungkap beda nya. Dunia... Bukan satu keperluan untuk Syiqin ni jadi pilihan hati orang. Untuk di agung kan jauh beribu batu. Apa lagi untuk di ukur duduk berdiri tinggi rendah nya.

Kekurangan ni banyak. Timbangan pon belum tentu boleh membawai berat kekurangan ni. Untuk di liat dari mata pena yang lain. Kekurangan ni lah ada kejujuran dan kebenaran. Bebas dari dusta. Bebas dari penipuan dunia. Bebas dari sok-sok semua. Yang sedikit ni lah jua ujian. Yang banyak jua ujian. Waima sebesar zahrah. Nilai asli nya tinggi. Nilai benar nya terlalu tinggi. Inda boleh di kira untuk gadaian. Waima sedikit , sampai di ujung nya. Syukoor. Bersyukoor selagi nama tu manusia. Binatang tu lagi bersyukoor bila di usung makanan depan mata ni kan manusia. Bersyukoor. Allah janji tu kena percaya. Jangan janji manusia tu saja di ikat erat. Allah janji. Mungkin bukan sekedip mata. Tapi pasti. Awal ahir tu satu kepastian.

WAllah wa'lam.

Monday, 25 January 2016

Dunia bukan membenci

Terkadang harapan tu nampak jauh. Sebab yang inda nampak tu sebenarnya dugaan yang datang. Allah kasi satu atau lebih dugaan untuk kasi trial of boleh kah inda di tembusi dengan apa jua cara. Menyoal hati untuk meninggal kan atau mencoba lebih kuat. Sebab ahir nya , yang indah tu bukan mudah. Yang indah tu memerlukan sedikit waktu. Tinggal memilih untuk meneruskan atau sebalik nya.

Sekarang ni. Dunia dan isi nya menyoal tanpa henti. Macam mana cerita atau jalan seterusnya. Adakah akan terus menuntut ilmu atau memikul tanggungjawap sebagai pekerja. Jawapan nya bukan mudah. Hati memilih. Sanubari memilih. Dengan keadaan yang inda memboleh kan. Senang cakap , keadaan belum memberi izin ni. Jawapan nya sekadar indah inda indah cuma untuk melerai persoalan. Tentang tujuan hidup di masa depan tu , kitani ni waima merancang setiap saat tapi yang terbaik tu perancangan dan kata putus dari Allah jua. Kadang-kadang Allah jawap dengan belum buat waktu ni. Kadang-kadang Allah jawap , tunggu sedikit waktu lagi. Kadang-kadang Allah jawab , rezk tu datang kemudian selepas bersedia sepenuh hati dan kadang-kadang Allah jawap ni waktu untuk persediaan jiwa dan fikiran. Jawapan Allah inda pernah menyedih kan atau menyakitkan. Tinggal tunduk dan patuh. Hidup ni mudah. Percaturan nya jua mudah.

Jangan mudah terusik hati dan hilang harapan. Sebab yang indah tu butuh sedikit waktu.  Tetap kuat. Allah akan uji sebab ada waktu kitani menempat kan Allah di tangga terahir dan Allah merindui aduan serta rintihan kitani. Allah tetap yang pertama dalam hidup. Tetap yang ter atas dari apa jua. Bukan yang kedua dan bukan yang ketiga. Tapi yang paling atas. Allah tu Maha. Maha tahu. Maha Pengasih. Maha Penyayang. Maha Mengasihani. Dan Maha atas setiap apa yang ada dalam bumi ni.
Yang indah tu memerlukan sedikit waktu. Bukan sekarang tapi di satu hari yang indah. In Shaa Allah

Sunday, 3 January 2016

As Salamualaikum 2016



As Salamualaikum. Alhamdulillah. As Salamualaikum 2016. Pergi 2015 dengan penoh redha dan menerima kedatangan tahun baru  ni dengan penuh syukoor dan redha. Al Hamdulillah. Perjalanan di dunia ni inda mudah tapi perjalanan ni lah yang mengenalkan erti keindahan. Kesihatan dengan pasang surutnya tapi tetap Alhamdulillah. Rezk yang cukup Alhamdulillah. Kehidupan yang aman dan nyaman. Alhamdulillah. Muslihat manusia dan daleh manusia pon boleh tahan menguji , tapi Allah tu Maha. Maha setiap segalanya. Memaafkan dan mendoakan saja semampunya yang terboleh. Alhamdulillah. Manusia sama dengan manusia lain , terkadang terlupa ada kebaikkan di setitik keburukkan. Nama pon manusia. Benda jadi inda lari dari putaran pasang surut nya. Kena lebih kuat. Kena lebih sejuk hati. Kena payung hati sendiri sebelum payung hati orang lain. 

Harap nya pertemuan ni inda bersyarat. Harap nya 2016 ni jadi lebih mudah dan tenang. Di tinggikan tahap kesabaran masing-masing. Di kuat kan di setiap hal. Onak dunia terkadang bukan main penangan nya. Harus tetap tenang dan kuat. Permulaan yang menenangkan hati dan perasaan. Setelah limbu panjang , satu hari tu Allah kasi sinaran yang nyaman. Alhamdulillah. Janji Allah rezk hamba nya berlainan. Alhamdulillah. Yakin dengan janji Allah. Kalau janji manusia boleh di genggam erat dan kenapa janji Allah di persoalkan? In Shaa Allah. Semua sudah pasti. Sama peringkat seperti kepastian satu penhujung hidup. Yang bermula pasti jua akan berahir. Waima ada yang mensyaratkan pertemuan tu. Tapi biarlah syarat diatas redha Allah. In Shaa Allah. 

Alhamdulillah. Badai boleh reda dan gelora boleh berahir. In Shaa Allah , sekembalinya dimasa akan datang akan memberi manfaat buat semua. Bukan satu perjanjian tapi semampunya. Dunia ni banyak ragam nya , mungkin jua dunia ni tanpa perasaan tapi di dalam dunia tu masing-masing dengan ragamnya. Kadang-kadang seperti cermin tapi kadang-kadang cuma gambaran yang samar. Hidup ni percaturannya dalam pilihan. Ada pilihan. Jua kadang-kadang di tengah nya ada peluang untuk memilih ada jua sekatan. Tapi kalau ada peluang , pilih lah yang indah-indah. Pilih lah semua yang baik-baik. Setiap pilihan tu pon ada baik dan buruk nya. Pilih diantara timbangan berat lebih ke baikkan nya dari keburukkan nya. Terkadang membuat kata putus tu bukan senang tapi tu lah di antara isi perjalanan hidup. Dan jangan membuat kata putus dalam keadaan diluar sabar. Bila syaitan dah menghantui fikiran tu la masa jawapan nya di luar rasional. Jangan di ikut kan sangat jiwa gundah tu. Semua pon aka nada kesudahan. 

Sebelum jumpa nanti , ni peninggalan sikit. Mudah-mudahan ada aura isi nya dan bukan tin kosong. Perkongsian untuk semua. Mudah-mudahan semua nya dalam lindungan Allah jua redha ibu bapa. Di berkati Allah jua di rahmati Allah. Dan tergolong di antara hamba Allah yang sangat bangga dengan tu. 

“ Di dunia ni bila di uji Allah , boleh rebah waima bukan badaai yang mendatang ”
“ Yang di julang tu bukan kekayaan , tapi kesungguhan untuk redha Allah ”
“ Di tindas dan di tibai dengan keangkuhan , berdirilah sambil tersenyum ”
“ Nama pon dunia , bukan tempat untuk keadilan dan kebanaran ”
“ Cinta kepada Allah dan cinta kepada pesuruh Allah , disana lah keindahan cinta sebenar ”