Sunday, 25 January 2015

Beef steak

Sebab kata maaf belum tentu boleh mengubati luka yang dalam.

Bila bersuara menjadi satu kebebasan , banyak benda lah terjadi. Ada yang bersuara mengikut cita rasa hawa nafsu sendiri. Bersuara langsung inda menoleh kiri kanan. Bersuara jua sampai kan seolah-olah orang lain inda ber maruah jua sekali gus menggugurkan air muka. Adat manusia , mungkin maaf atu jua terlalu senang untuk di pinta. Tapi maaf jua bukan pintu untuk penyembuh hati yang terluka. Satu luka yang meninggal kan parut bukan sehari dua boleh sembuh. Mungkin 10 taun jua belum tentu.

Kebebasan bersuara di dunia. Siapa pun boleh bersuara . . Tapi liat jua depan belakang. Dan jua jangan jua senang-senang untuk mau macam ani dan macam atu ikut telunjuk. Lain orang lain cara nya . . Lain orang lain yang di lalui nya. Boleh jadi satu suaraan atu menambah lagi 10 beban. Boleh jadi orang yang di tegur ani jua sudah berusaha jauh dari fikiran kitani. Lumrah dunia . . Orang lain jua suka memikirkan hal orang lain. Hidup seorang-seorang inda jua sama kan di sama kan dan di bandingkan.

Masing-masing ada kehendak. Siapa jua inda berkehendak benda baik untuk di percepatkan. Terlalu banyak hal untuk di fikir kan. Bila menyoal sama jua menyoal takdir Allah. Seolah-olah jua menyoal ketentuan Allah. Selalu ingat rezk . . Ajal maut . . Jodoh. Semua ketentuan Allah . .

Sebab bersuara atu terlalu bebas. Ani jua kehidupan. Berjumpa seribu ragam. Satu malam yang meninggalkan luka yang dalam. Ani jua sebab manusia atu bebas untuk memilih.

Sedangkan ciptaan Allah yang lain jua ada hati dan perasaan. Ani kan lagi manusia . . Sekali dua sekiranya ada kelapangan , fikir kan jua hati dan perasaan orang lain. Inda semua apa yang ada di hati masing-masing atu boleh di cerita kan jua jauh untuk di fahami sebab yang menjalani hari atu jua ujian atu berbeza-beza.

In Shaa Allah . . Kalau jodoh dari Allah. Cepat atau lambat bukan perkiraan. Siapa tau yang di soal ani sudah ber usaha lebih dari yang di rasakan. Bukan jua inda berusaha. Ani jua sifat setengah orang yang serba berkemampuan. Menyoalkan hal orang yang di bawah berkemampuan . . Selagi makan harian dan semua inda menggunakan duit orang lain jangan di soal kan. Cuma kalau setiap belanja atu terminta-minta , sila tah menyoal panjang. Jangan berhenti menyoal. Kalau atu boleh menyenangkan hati.

Mungkin satu dosa dengan Allah , Allah boleh mengampunkan. Tapi satu dosa dengan sesama manusia bukan senang terhapus. Mudah-mudahan di jauhi dari tergantung dosa sesama sendiri.

Alhamdulillah. Mudah-mudahan apa yang jadi semakin mematangkan. Umur atu bukan perkiraan dan lesen untuk kematangan.

Mudah-mudahan semua jua di jauhkan dari kebebasan bersuara dengan akal Nauzubillah. Mudah-mudahan orang lain inda merasa apa yang di lalui oleh orang yang kurang berkemampuan. Alhamdulillah semua jua ujian. Ujian Allah cuma ke setiap orang yang mampu melalui. Hari esok dengan semangat baru. Waima ujian datang inda berpenghujung. Sebab di pertengahan jua ada pelangi. Alhamdulillah. Mudah-mudahan semua di rahmati Allah.

Hati yang luka belum tentu boleh sembuh dengan kata maaf.

Mudah-mudahan Allah mencurahi taufik dan hidayah ke atas mu dan jua diri kami. Mudah-mudahan Allah memberi rahmat ke atas diri mu jua diri kami.

No comments:

Post a Comment