Saturday, 30 March 2013

Al-Fatihah. Hj Md Tarif Bin Hj Md Yusof.

  ﺇِﻧَّﺎ ﻟِﻠَّﻪِ ﻭَﺇِﻧَّﺎٓ ﺇِﻟَﻴْﻪِ ﺭَٰﺟِﻌُﻮﻥَ
 
 Al Fatihah

ﺑِﺴْﻢِ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَٰﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴﻢِ  . .  ﺍﻟْﺤَﻤْﺪُ ﻟِﻠَّﻪِ ﺭَﺏِّ   ﺍﻟْﻌَﺎﻟَﻤِﻴﻦَ . .  ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَٰﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴﻢِ  .  . ﻣَﺎﻟِﻚِ ﻳَﻮْﻡِ ﺍﻟﺪِّﻳﻦِ . . ﺇِﻳَّﺎﻙَ ﻧَﻌْﺒُﺪُ ﻭَﺇِﻳَّﺎﻙَ ﻧَﺴْﺘَﻌِﻴﻦُ . .  ﺍﻫْﺪِﻧَﺎ ﺍﻟﺼِّﺮَﺍﻁَ ﺍﻟْﻤُﺴْﺘَﻘِﻴﻢَ . .  ﺻِﺮَﺍﻁَ ﺍﻟَّﺬِﻳﻦَ ﺃَﻧْﻌَﻤْﺖَ ﻋَﻠَﻴْﻬِﻢْ ﻏَﻴْﺮِ ﺍﻟْﻤَﻐْﻀُﻮﺏِ ﻋَﻠَﻴْﻬِﻢْ ﻭَﻟَﺎ ﺍﻟﻀَّﺎﻟِّﻴﻦَ . . 

Assalamualaikum . . Mudah mudahan semua nya dalam lindungan Allah. Ajal maut , rezqi , jodoh , pertemuan dan perpisahan semua nya sudah tertulis dan terletak di kuasa Allah . . Siapa kitani sebagai hamba Nya untok menindas . . Setiap apa yang jadi semestinya ada sejuta hikmah dan kebaikan yang mungkin ada yang mengetahui dan mungkin inda di tau kan oleh kitani . . Setiap apa yang terjadi adalah sangat ber kepentingan untok menjadi kan redha sebagai sahabah buat selamanya . . Menyakitkan dan menyedihkan dan membingungkan untok di lalui tetapi suratan Ilahi . . Redha lah kitani semua nya . . 

Kehilangan memang terlalu sakit untok di percayai . . Semua nya , Syiqin baru kehilangan Neneknda yang terlalu di kasihi . . Dalam kenangan , Hj Mohd Tarif Bin Hj Mohd yussof. Pergi dan tak kan kembali buat selamanya . . Al-Fatihah . . Mac 23,13. Bila orang yang di kasihi dan di kehendaki lebih oleh yang Mencipta dan masa nya untok mengetahui bahwa ketenangan menanti nya di alam sana . . Hari ke 7 . . Keberadaan di sisi Nya. Aamiin di Rahmati dan tergolong di antara mereka yang soleh . . Mudah mudahan di lindungi daripada azab. Mudah mudahan di Rahmati . . Aamiin. Aamiin .  . Aamiin. Tenang lah di alam sana . . Kehadiran dan kenangan sepanjang bersama akan bersemi di fikiran dan hati buat selama nafas ini menjadi milik jasad keturunan mu . . Al-Fatihah . . 

This is from Ka Fatin's notes : Genap tujuh hari kepergian bapa, namun kehilangan bapa masih seperti satu tanda tanya. Siapa aku untuk menyoal, siapa kami untuk inda percaya. 

Kebesaran Mu Ya Allah, kami redha. Kami terima. Dengan kekuatanMu jua kami hidup dan terus bernafas. Sekiranya ini satu dugaan mahupun cabaran untuk kami semua, kami terima seadanya. Hidup terlalu singkat. Kita
hidup untuk menyembahMu, untuk taat kepadaMu dan untuk tidak ingkar kepadaMu. Kita hidup bukan untuk selama-lamanya di dunia ini. Ajal maut adalah sesuatu yang pasti. Cuma masa yang membezakannya. Semoga dengan kerelaan kami, keredhaan kami, roh
bapa tenang disana. Semoga dimasukkan kedalam golongan orang-orang yang beriman yang disuluhkan sinaran cahaya. Pa~ Ketahui lah bahwa bapa adalah sesempurna bapanini yang siapa
pun akan kagum dengan segala jasa kita. Mungkin dengan katakata, bapa kurang meluahkan. Tetapi setiap langkah kita,
perbuatan kita, cukup jelas memaparkan kasihsayang dan perihatin bapa. Kita besarkan kami dengan wangringgit bapa. Segala apa yang kami makan, yang kami minum, memang berdosa untuk dinafikan. Terima kasih pa~ Pa~
Ilmupengetahuan kita yang kita turunkan akan sentiasa jadi ingatan
kami. Ia jua yang akan menyambung amalan kita di sana.

Alangkah lapangnya dada ini kalau bapa tahu kepentingan bapa di hati kami. Setiap katakata bapa, yang baik
mahupun yang sebaliknya akan sentiasa di kenang. Raut wajah bapa akan sentiasa segar di minda kami. Kekuatan bapa dalam melawan segala penyakit selama ini, ketabahan bapa menerima
ketentuanNya, dan keredhaan bapa adalah antara ciriciri bapa yang kami kagumi. Kekuatan itu jugalah yang akan jadi peneman hidup kami. Kekuatan itu yang akan menjadi ristaan. Pa~

Dari jauh kami pohonkan segala
kebaikan dan kesejahteraan bapa,
kami panjatkan sebaikbaik doa kepadaNya untuk bapa. Pa~ terus kuat aaa. Kami selalu ingat bapa. setiap masa. dalam setiap kata,setiap gerak, setiap lagu, setiap semua, bapa masih disini, dihati kami, tetap. sampai bilabila. 

Inda lama lagi tani semua bejumpa. In
Shaa Allah, dengan izinNya jua, kita sekeluarga akan bergumpul lagi. Tunggu dan jemput kami dipintu syurga pa aaah. Hati duniawi maseh rasa bersalah bila tergelak akan hal dunia, mendengar lagulagu makhluk dunia, turut menyanyi, berhias sakan, memakai pakaian lawalawa, semua membawa rasa bersalah. Mengenang kepergian bapa, apapun jadi sebab untuk bersedih.

Namun, akal fikiran masih waras.
Kepergian bapa adalah untuk kebaikan yang hakiki. Kekal selama lamanya. Mengenang akan kami pun akan ikut jejak bapa, kami faham, kami tahu, hidup haruslah diteruskan. Walau apapun yang terjadi, terus hidup. Terus
beramal. Terus berjalan kejalan yang benar. 

Paaa~ sekiranya kami pernah mengguris
hati bapa, pernah menyakiti hati
bapa secara sengaja atau tidak,
sekiranya kami pernah menjadi sebab airmata bapa menitik, dari hujung rambut kehujung kaki kami mohon ampun dan maaf.

Ampunkan kami pa aah.
Sesungguhnya kami nda pernah beniat kan menyakiti hati bapa. Paa~ sekiranya kami tiada masa untuk melawat pusara bapa, doa dari jauh akan sentiasa kami kirimkan. dengar suara kami, dengar doa
kami. Semoga Allah menerima amal kami sebagai penyambung amal kita. paaa~ babunini jangan tah kita fikirkan k. In Shaa Allah, selagi kami ada,
kami menjaga bunini sebaikbaiknya. kita liatliati saja dari jauh aaa. doakan ketenangan jiwa nya, buatkan ia faham akan kepergian kita. Dengan kenangan . . kami akan terus ingat bapa. tidak akan pernah sekali kita akan kami lupakan.

Jangan pernah fikir kami lupa pa aaah. kita tah idola kami. contoh kami. Dengan bacaan Surah Al-fatihah,semoga kita aman disana. Aamiin. Aamiin. Semoga roh kita dicucuri rahmat. Semoga kita diberi kesenangan dan segala kebaikan.. paaa~ kami rinduuuu. rindu sangat.

Hati selalu rindu. Al-Fatihah . . 

Till there . . As Salam. NFA 19. 

No comments:

Post a Comment