Al-Fatihah diatas khusus disedekah buat kedua insan yang sudah mengadap Ilahi dalam tahun 2017 kelmarin. Khas disedekah buat Mohd. Afandi Bin Haji Mohd. Tarif dan Haji Abdul Halim Bin Nordin @ Noordin. Benar.. Tahun lalu , tahun kehilangan orang - orang yang disayangi. Bukan seakadar diatas ungkapan. Terlalu disayangi sehinggakan sampai satu waktu , diri dan akal jadi hilang arah. Benda jadi inda kena dan jatuh sakit sebab terlalu dalam kesedihan yang menyebabkan tekanan yang dalam. Sebab dalam fasa kehilangan , untok pulih semula.. Memerlukan satu waktu yang penting; iaitu penerimaan. Redha. Selepas beberapa bulan. Dengan usaha yang bermacam. Shukur. Pada satu masa , Allah sedarkan dari mimpi-mimpi hitam. Dan tersedar dari lamunan. Akhirnya hati memilih untuk menerima takdir Allah. Waima dengan berat hati. Waima dalam keberatan. Shukur.. Bukan dan belum sepenuhnya. In Shaa Allah. Semoga Allah memudahkan dan mendamaikan hati-hati yang dalam keperitan. Aameen allahumma aameen. Dan sebelum ada yang menyoal juga sebelum dibahaskan , benar saya naik berat badan. 10 kilo dalam beberapa bulan. Betul.. Maka , jangan dipersoalkan. Cukup In Shaa Allah bagi kesihatan saya baik dan di beri izin Allah. In Shaa Allah.. Baik dan buruk dalam perubahan ani , minta-minta hati sentiasa bersangka baik dengan setiap satu hal. Nada orang dalam dunia ani mau naik berat badan inda tantu pasal.. Siapa jua berkeinginan macam atu. Bersangka baik , In Shaa Allah.. Semua Allah sudah aturkan. In Shaa Allah , saya cuba menerima semua benda baru yang jadi.
Alhamdulillah untok semua yang ada dan buat yang sudah berlalu. Alhamdulillah dengan pemberian Allah. Yang disedari atau yang tanpa disedari. Shukur.. Selawat serta saalam buat junjungan besar Nabi. Muhammad SAW. Buat Baginda , keluarga juga sahabat-sahabat Baginda. Allahumma Salli Alaa Muhammad Waala alihi Wasahbihi Wabarikwassalam. SAW. Alhamdulillah.
Jumpa lagi nanti , In Shaa Allah. Semoga keluarga , kenalan dan saudara dalam agama Allah jagakan dan sentiasa dilindungi dari apa jua keburukkan mahupun fitnah dunia. Diberkati jua dirahmati Allah. Dan dipermudahkan urusan dunia ahirat. In Shaa Allah aameen.