Sunday, 3 December 2017

Jangan kali kedua

As Saalamu 'Alaikum , Al-Hamdulillah shukur.. I still get to blog and u still get to visit here to read. Al-Hamdulillah , baik dan buruk yang jadi juga satu nikmat yang Allah beri. Shukur.. Tidor agak susah sekarang ni. But shukur juga that all is good. Al-hamdulillah. Terasa kah kan habis tahun ni...? Cepat masa berlalu. Banyak benda jadi yang disedari dan langsung inda tersedari. Indah dan gusarnya , shukur.. Allah berikan dengan aturan yang baik-baik belaka. Tanpa kitani perasaan nikmat yang diberi atu terlalu banyak. Dan membuatkan kitani ada tersilap pandang untuk mensyukuri. Sihat dan sebaliknya. Kuat dan sebaliknya. Silih berganti. Lepas ini jadi , ada lagi yang lain jadi. Shukur.. Mudah-mudahan Allah bersama-sama dihati selalu.

Shukur juga lah kalau ada benda mengembirakan. Jangan terlalu sedih.. Jalani dengan hati yang tetap diatas agama Allah. Aturan dan sebagainya. Berdoa untok kebaikkan yang berpanjangan. In Shaa Allah. Shukur that ada perasaan menerima sudah. Dan berdoa untok kekuatan hati yang lestari. Bulan ni bulan percobaan disetiap hal. Mencuba untok bebas dari ubat dan mencuba untok berfikiran neutral. Shukur.. Mudah-mudahan tetap kuat dalam menerima mehna dan arus. Hari ni cuti bulanan hari ke 2 atau ke 3 mmacam atu. 2 hari teruk. Hari ni malam sediket agak reda juga lah. But tidur tu belum ter atur. Dan dalam period ni , liur macam-macam. Entah kenapa kemahuan dengan kopi tu ada hal. Suboh pekena kopi.. Pagi hadap kopi lagi dan malam minum latte juga. Inda lama lepas tu dalam habis minum ke jam ke 2 tu. Sekali rentak semua serabut. Mual inda tentu arah.. Kepala pening dan kan tercabut leher rasanya. Nafas hilang-hilang. Inda terfikir lagi terus isi perut keluar habis semua. Keluar masuk jamban dan berulang hampir setengah jam. End up bekos of too caffeinated. Hebat penangan kopi. Flushing out and took codeine to ease the headache juga not long after that. Shukur lah it works. Had minyak panas all over kepala and perut sehingga kaki. Antara sedar dan mungkin mabuk gila dah tadi tu. Whuih.. Not again.

Keras kepala ni belum terantok belum mau mengadah. Dah kena , tau kan menangis air mata darah. Sedar cepat lah mintak-mintak. Boleh macam tu...? Matingal mungkin kalau bertempat mungkin boleh. Ani inda mendengar cakap atu , yang jadi macam atu. Jangan lagi mendengar.. Whuuu.

Made air suam-suam boleh juga lah agak panas. Rendam cinnamon. And refill banyak kali. Harapnya habis semua keluar kafein atu bro.. Mau lagi....?? Jangan inda merati. Hurmmmm. 1 hour passed. All is fine. In Shaa Allah. I always get this allergies reaction from food and minuman. Apa lah salah makanan dan minuman atu.. Lol. Mual tertinggal lagi berapa percent kah ni.. Kena rehat dan merokok ni. Hurmm.

Tarang juga lampu laptop ani. Nanti lagi dengan apa saja yang ada hari lain In Shaa Allah. Jangan lupa Allah. Dan ada peluang nanti , ada lagi episod lain. Sebelum atu Saalam Maulidur Rasul buat semua. SAW. Selawat serta saalam buat Nabi junjungan. Muhammad SAW. Juga buat keluarga dan seluruh sahabat-sahabat Baginda. Jaga diri. Hati.. Dan jangan lupa bertegur sapa sesama sendiri. Sayang keluarga kerana Allah. Dan semoga dilindungi. As Saalamu 'Alaikum

Sampai nanti. In Shaa Allah.

Monday, 6 November 2017

Self-awareness Part 1

Alhamdulillah ala kulli ni’mah. Shukur.. Banyak benda jadi yang meliatkan kitani erti dunia. Satu persatu jadi untuk dipelajari. Baik-buruk dari pengajaran atu yang berharga dalam hidup. Rugi kalau banyak benda berlaku tanpa kitani mengambil iktibar. Alhamdulillah , semua pon berharap untok keadaan yang baik – baik belaka. Tapi.. Kalau Allah takdirkan jadi di luar dari kawalan kitani , nada daya upaya kitani kan lari semua atu. Hadapi saja dengan nyaman hati dan lebih berwaspada di lain kesempatan. Kitani memang merancang lebih awal. Banyak perancangan kitani. Tapi inda kitani dapat melawan perancangan yang Esa.

Banyak benda jadi inda selaras dengan perasaan yang baik – baik sebab kitani manusia. Manusia inda semua boleh jadi ok berbanding orang yang fikiran lebih positif atu. Sepositif mana pon kitani masti jua ada tempat dan suasana kitani inda ok, dan lagi sebab kitani ani manusia. Kadang – kadang sebab kitani berharap arah lain dan orang lain lebih lagi dari kitani berharap arah Tuhan kitani. Mungkin fasa awal inda kitani terfikir kebenaran atu. Tapi , disetiap jawapan di penghujungnya. Iatah jawapan pasti tu sebab kitani bersandar arah manusia lain. Tanpa kitani fikirkan yang manusia lain atu pon ciptaan Allah. Besdia pon berpegang teguh ke Allah yang Satu. Sebab atu kalau benda jadi inda sama seperti yang di angankan kitani jadi patah hati dan sebagainya. Sebab kitani fikir , manusia dapat menolong. Walaupun banyak peringatan sudah disana – sini yang memberitau yang sebaik-baik penolong atu hanya Tuhan kitani.

Apa – apa jua benda yang kitani ada kesusahan dalam urusan atu. Jalani saja dengan hati yang kuat. Sebab dengan menghindari atu inda menyelesaikan mana-mana disetiap satu masalah atu. Bahkan akan lebih memburukkan keadaan. Perkara atu jadi semakin panjang dan sebagainya. Urusan semakin berserabut. Memang urusan dengan manusia ani inda mudah dan inda capat selasai. Itu ini kan dijadikan hal. Perkara remeh-temeh pun dipertengahkan. Belum lagi melibatkan soal perasaan. Inda semua dapat menjaga perasaan kitani. Hati ani sememangnya berbolak-balik. Inda tetap. Lumrah sudah tu. Ada pendapat memberitau masalah orang lain atu masalah kitani. Atu kalau dalam kenyataan baik dan manis-manis belaka. Untok dalam keadaan waras dan kan difikirkan , masalah urang lain.. Biar besdia menguruskan. Kitani selasaikan masalah sendiri saja. Tapi… Kalau ada peluang dan ruang yang banar-banar membolehkan kitani menolong. In Shaa Allah , kenapa inda juga memberi tangan untok menghulurkan pertolongan. Maksud ayat atu , biar selari dengan suasana kan menolong ani. Jangan diri sendiri inda tertolong kan menolong orang lain tia lagi. Atu jadi hal juga tu. Banar jua niat dihati atu , ada perasaan kemanusiaan. Lurus tu. Amba pun selalu macam atu.

Iatah jua dengan manusia sekarang ani , capat kan memberi nama ke urang lain atu. Dipanggil itu ini , digalar itu ani arah urang lain ani. Yang tantu-tantu ada sebab kenapa besdia jadi macam atu. Yang sebab atu masuk akal. Ganya kan presepsi manusia lain ani cenderung kearah negatif. Inda biskita tabunyi tu nanti kalau benda macamatu atu terjadi arah biskita atau famili biskita. Iatah masa mata biskita baru kan terbuka tu meliat indah dan kelamnya dunia. Jangan lupa jua kehidupan ani ada kitaran. Sebab atu buleh jadi biskita lebih akan meruntun kalau biskita di kitaran paling bawah. Banyak sudah tu contoh-contoh yang kitani liat. Bukan satu. Iatah kan jadi pengajaran tu. Kalau jua mau mengambil semua atu sebagai pengajaran. Pilihan atu ditangan sendiri.

Tapi ada penyelesaian disetiap apa jua rintangan ani. Asal kitani tau kunci kan semua hal atu. Kesedaran diri atu mesti ada. Bila dana pa dan sebagainya. Tau bila kan meletakkan sesuatu hal atu untuk difikirkan dan sebagainya. Tau apa yang memudaratkan diri sendiri. Tau bila untok cuba membaik pulih keadaan atu. Tau bila kan menyamankan perasaan sendiri. Jangan dipaksa atau terpaksa. Sadang-sadang saja. Sabar-sabarkan diri atu. Atu pilihan kitani. Sebab bagi bersabar atu nada pilihan tu. Selain kitani sabar. Banar jua inda selamanya kitani ani ok. Inda selamanya nyaman saja. Perasaan dan keadaan atu. Seimbangkan saja. Dan bagi durasi dalam kesembuhan atu. In Shaa Allah. Ani bukan arahan ani perkongsian saja. Perkongsian bersahaja. Sama-sama kitani melalui semua ani. Banar , inda semudah mengarang semua ani. Inda semudah yang dibayangkan. Dan inda semudah meludah. Perlahan -lahan saja dalam membaiki keadaan atu. Baik-baik dalam membuat keputusan. Biar rasional. Mungkin inda banyak membantu tapi boleh dipertimbangkan kali. Siapa tau.. Boleh jua mencuba. Ok kali sudah ni. Mungkin boleh sudah dibawa berihat. Nanti lagi amba menulis disini , ari lain kali bisai.

Bah , baik-baik biskita. Sabar saja dulu. Inda kitani tau apa ada esok. Jangan difikirkan sangat. Dan jua lagi , jangan lari dari masalah. Hadapi lebih baik dari menghindari.

Sampai jumpa lagi di hari lain. WAllah wa’lam.

Tuesday, 10 October 2017

Kecacatan sendiri membolak - balik

Awal Oktober , selang seli ada tangisan langit.. Rindu yang bercambah yang ngak mungkin terpadam. Jarak juga mendominasi setiap ruang. Satu persatu berlalu dengan pantas. Masa mencemburui. Berlawan dengan emosi diri sendiri. Banyak hal jadi silih berganti.

Dari mana permulaan dan sehingga mana pengahiran. Inda terbahaskan.. Kekuatan turun naik. Kematangan teruji setiap waktu. Keperluan yang membebankan. Keinginan yang berkecamuk. Hawa nafsu yang serakah.

Apalagi dalam dunia ani yang belum nampak membutakan..? Dimana rasional diri. Dimana tahap kesabaran.. Dimana iman sebagai Islam. Persoalan yang di tinggalkan. Persoalan yang di gantung. Jauh dari hirauan. Di sisihkan waktu. Di perantaraan hati dan situasi.

Di usia darah muda. Semua di umbang - ambing. Salah dan jauh dari kebenaran. Apa maksud anak muda...? Kenapa urusan dunia teguh di hati. Jawapan senang sebab darah muda. Kamu anak muda.

Kembali berbalik ke saluran akal. Akal - fikiran. Baik dan buruk. Terpulang..

Dimana berpijak dan dimana bersandar. Bumi Allah. Dan dibawah penguasaan juga kerajaan yang Satu. Bertukar dan silih ganti. Kekuatan cuma ada dihati. Jangan diperosak yang damai. Satu atau dua bukan perkiraan. Waktu sekadar menyamankan. Bukan menyelesaikan. Dan menyembuhkan.

Selarikan nawaitu dan fungsi mata , hati. Akal.. Nada - nada bersiulan atas kepaksian hari baik. Dan suram pada hari sebaliknya. Kukuhkan fikiran baik. Ketawa dalam gusar bila selagi boleh. Maafkan bila perlu dan bernafas dengan aman.

Sampai ketemu. Di hari lain.

Hari ani hari Selasa. Oktober 10 , 2017. Saalam kedewasaan.

Friday, 6 October 2017

A little come back in 2017

As Saalamu 'Alaikum dan Saalam Jubilee Emas ke 50. Daulat Tuanku! Not joining the crowd but do feel blessed and feeling the hype too. Alhamdulillah. Thank you people for sharing pictures and videos over the social medias. Alhamdulillah , semoga Kebawah Duli kekal qarar memerintah negara dan dalam lindungan Allah. Daulat Tuanku! Daulat..

Despite of the busy life we have masa ani , so many things happened and happening. Alhamdulillah untok hari ani , hari lepas dan semalam. Hopefulli all is good with everyone. I du'a all is well and fine. Banyak benda jadi dalam 10 bulan ni. Allah tu kan sayang.. Dicuba hamba - hamba Nya. Di duga hamba - hamba Nya. Sekuat mana keteguhan hamba Nya berpigang teguh kepada Tuhan. Sekuat mana untuk mengendong ujian Allah. Sebagai orang yang terpilih. Allahu.. Shukur. Alhamdulillah Allahumma.

I lost my father in Februari. I fall sick again not long after that. And things were in a messed for few months. This and that , that I cannot describe here. At times I do ask , what is actualli happening in my life.. What is Allah trying to tell me and sort. Where went wrong and what did I do wrong..? Everything is in and running in mind for months. All was just a messed. Everyone left and all gone in just a flick of time. Phew! What is life...? Is life that cruel..? Cruel - cruel life...? Thoughts were so miserable. All were on the peek. Glad it happened and glad all is ok. In Shaa Allah. I just du'a that all will be ok again.

Quarter life crisis is not easy. Not at all. In and out the Psychologi room. Working on how to face the realiti and all. So many things to be considered. Berbekal iman yang sedikit. Berusaha dan bertawakal selagi bernafas. Berdu'a untuk semua diberkati Allah. Di permudahkan urusan duniya dan ahirat. Berharap ada sinar selepas temparik. Ada kekuatan disebalik tangisan. Dan dikuatkan hati. In Shaa Allah. Aamiin Ya Allah. Biar doa ditangguhkan sebab sebagai hamba yang penuh dosa , kitani layak untuk doa inda dimakbul kan cepat. Terus berdoa. Kitani menginginkan yang baik - baik belaka. Yang indah - indah belaka. Terus berdoa , untuk Allah dengar dan makbulkan.

Alhamdulillah untuk setiap satu ujian. Ujian yang lampau dan ujian sekarang ani. Berharap dan bersangka yang baik - baik. Niat yang baik. Bicara yang baik. In Shaa Allah. Mintak diteguhkan hati dan diperkuatkan iman. Mintak rahmat Allah. Alhamdulillah. Hari ani masih bernafas. Masih bisa melihat indahnya duniya. Dan semua kelancaran. Alhamdulillah. Sampai habis nyawa , biar kitani bersaksikan Allah sebagai Tuhan kitani.

Jangan lupa sedekahkan Al - Fatihah untuk indung bapa. Keluarga dan kenalan. Dan semua yang kitani sayang. Atu saja cara kitani menyampaikan dan meluahkan rasa sayang kitani. Dengan cara atu saja kitani inda sedih kalau yang kitani lafazkan atu inda di balas dan dihiraukan. Allah saja sampaikan dari hati kitani. Ok. Manusia ani memang inda menghargai selagi hidup. Sudah ditangan Allah , baru terasa macam mana susahnya nada orang yang disayang atu. Baru kan menghargai. Rata - rata macam atu. Apa jua boleh dibuat lagi , memang atu lumrah. Buat dugaan mendatang , kuat kan hati. Masti kuat. I am telling myself too. Not onli bicara kosong. Masa kitani berkongsi nasihat dan kata - kata semangat , masa atu sebenarnya kitani juga memberitau diri sendiri. Mengingati diri sendiri. Jangan diambil jahat. Jangan diambil negative.

Terpulang arah kitani kan merasa apa dan berfikir macam mana. Biar niat lurus. Dan perbuatan halal. Dapat kan restu indung bapa dan barkat Allah. Hidup ani inda sia - sia kalau diguna pakai. Manusia yang menjadikan hidup ani susah. Mudah - mudahan Allah permudahakan urusan kitani duniya dan ahirat. Atu harapan indung bapa dan doa - doa ibu bapa kitani. Jangan lupa juga kitani berjaya oleh sebab doa indung bini , yang inda bersudah siang malam. In Shaa Allah , masti kuat. I du'a for u and everyone who is reading this post. Sampai jumpa lagi di post yang akan datang. Kalau Allah beri rezeki kitani berjumpa lagi. In Shaa Allah.

As Saalamu 'Alaikum. Tolong jaga diri selalu. I leave u in the care of Allah. Always.