Esok ari jadi orang-orang yang Syiqin terlalu rindu dan sayang. Pernah sayang dan mungkin masih sayang dan selamanya rindu..
Esok mulah Babu punya ari jadi.. Inda nyaman memanggil mulah.. Babu sentiasa idup di hati Syiqin.. Sentiasa macam ada di idup Syiqin.. Buat Babu , selamat ari jadi Bu.. Beruntung Babu taun ani ari jadi di sisi Allah. Semoga terhapus dosa Babu sepanjang kehidupan Babu bersama kami jua selama Babu idup.. Mudah-mudahan Babu aman disana jauh lagi aman dari sakit di dunia di ahir idup Babu.. Semoga Babu tenang dan bahagia di samping Bapa disana.. Semoga sentiasa bersama malaikat-malaikat Allah. Kitani jumpa di Syurga nanti Bu.. In Shaa Allah. Doa ani khas untuk Babu dan Bapa dari kami semua. In Shaa Allah.
Segala puji bagi Allah yang telah memerintah kami untuk bersyukur dan berbuat baik kepada ibu dan bapa, dan berwasiat agar kami menyayangi mereka berdua sebagaimana mereka telah mendidiki kami sewaktu kecil.
Ya Allah sayangilah kedua orang tua kami. Ampuni, rahmati dan redhailah mereka.
Ya Allah ampunilah mereka dengan keampunan menyeluruh yang dapat menghapuskan dosa-dosa mereka yang lampau dan perbuatan buruk yang terus menerus mereka lakukan.
Ya Allah, berbuat baiklah kepada mereka sebanyak kebaikan mereka kepada kami setelah dilipatgandakan, dan pandanglah mereka dengan pandangan kasih sayang sebagaimana mereka dahulu memandang kami.
Ya Allah berilah mereka hak rububiyah-Mu yang telah mereka sia-siakan kerana sibuk mendidik kami.
Maafkanlah segala kekurangan mereka dalam mengabdi kepada-Mu kerana mengutamakan kami.
Maafkanlah mereka atas segala dosa, maksiat dan syubahat yang mereka jalani dalam usaha menghidupkan kami.
Ya Allah berilah mereka bagian ganjaran dari ketaatan yang Engkau hidayahkan kepada kami, kebaikan yang Engkau mudahkan bagi kami, dan taufiq yang telah mendekatkan kami kepada-Mu.
Dan jangan bebankan kepada mereka segala dosa dan kesalahan yang kami lakukan dan tanggungjawab yang kami abaikan. Dan janganlah tambahkan dosa kami ke atas dosa mereka.
Bagi ibu bapa dan nenek moyang kami yang telah meninggal, berikanlah mereka rahmat yang menerangi pembaringan mereka di kubur dan rahmat yang menimbulkan rasa aman ketika manusia merasa ketakutan saat dibangkitkan. Jadikanlah lubang kubur mereka daripada taman-taman syurga. Jauhkan lubang kubur mereka salah satu daripada lubang-lubang api neraka.
Ya Allah lemah lembutlah kepada mereka yang berbaring di kubur dengan kelembutan yang melebihi sikap lembut mereka kepada kami di masa hidup mereka.
Ya Allah janganlah sampaikan kepada mereka berita tentang kami yang mengecewakan mereka, dan jangan bebankan dosa-dosa kami kepada mereka.
Jangan hinakan mereka di hadapan pasukan kematian, malaikat Munkar dan Nakir dengan perbuatan-perbuatan hina dan mungkar yang kami lakukan.
Senangkanlah roh mereka dengan amal-amal kami di tempat pertemuan para arwah, ketika orang yang soleh bergembira dengan putera-puteri mereka yang soleh. Janganlah jadikan mereka ternoda oleh perbuatan buruk kami.
Ya Allah jadikanlah kami penyejuk hati mereka pada hari berdirinya para saksi. Dan jadikanlah mereka orang-orang yang paling cemburu dengan keberhasilan anak-anak mereka hingga Engkau kumpulkan kami, mereka dan segenap kaum muslimin di negeri kemuliaan-Mu, tempat menetapnya rahmat-Mu, dan tempat para wali-Mu bersama orang-orang yang Engkau beri kenikmatan,
Yaitu, para nabi, shiddiqin, syuhada dan solihin, mereka itulah sebaik-baiknya teman.
Demikianlah kurnia dari Allah dan Allah cukup mengetahui. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah kepada junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W, keluarga dan para sahabat baginda.
Walhamdulillahi Rabbil `Aalamin. Aamiiiiiin.
Doa khas buat Babu dan Bapa. Al-Fatihah.
Buat yang Syiqin pernah sayang dan selalu rindu , selamat ari jadi jua dari Syiqin. Semoga Allah merahmati , memberkati dengan kesihatan yang baik.. Rezeki yang luas dan halal.. Di beri kan kasih sayang didunia untuk mendapat kebahgiaan jua di dunia.. Semoga Allah melindungi langkah-langkah yang akan di jalani di sisa idup yang ada.. Semoga sentiasa bahagia di dunia dan berjaya dunia ahirat. In Shaa Allah. Semoga Allah setuju.. Aamiiiiiin.
Buat yang esok ari jadi dan buat yang Syiqin sayang. Selamat hari jadi. Semoga Allah merahmati. Aamiiiiiin.